20 hb Mei 2016
Masa ni CI melawat kawan CI di
Perlis. CI gelarkan kawan CI as a BR okay hehe. Datang nak melawat BR yang
kurang sihat tapi disebabkan BR ajak keluar kerana BR dah bosan cuti lama
selepas pembedahan, maka dan oleh itu CI turutkan lah kehendak si pesakit BR ni
haha. BR pun bawa lah CI untuk merasa mangga harum manis yang telah menjadi
mercu tanda tarikan kunjungan ke negeri Perlis Indera Kayangan sebagai
pengeluar mangga harum manis yang utama [Gituuu *wink wink*].
Untuk pengetahuan anda semua,
musim harum manis biasanya bermula awal April sehingga awal Jun setiap tahun.
Kebetulan CI melawat BR pada 20 hb Mei 2016, so dapat lah CI merasa. Harganya
CI tak berapa pasti lah sebabnya BR yang belanja hehe. Tak silap CI pulut harum
manis + jus harum manis = RM 10.00 *perhaps*. Perghhh baunya HARUM dan rasa
buahnya MANIS. Oleh sebab ini lah nama buah mangga ini HARUM MANIS [Sedap beb,
sumpah tak tipu *air liur meleleh*].
Lokasi Ladang Harum Manis Bukit
Bintang, Sg. Batu Pahat, Kangar, berdekatan dengan taman ular, Perlis (ikut je
signboard taman ular). Sebelum sampai taman ular, jumpa lah ladang harum manis
dulu. Pokok harum manis ni rendang-rendang & kecik-kecik je (paling tinggi
pun paras kepala). Ladang harum manis di sebelah kiri jalan kalau dari Kangar
or di sebelah kanan kalau dari Bukit Air. Jangan mimpi nampak kedai makan dulu
sebab kedai makan di bahagian belakang kedai. Bahagian depan tu dia banyak jual
buah harum manis je.
Bagi sesiapa yang nak mai Perlis
(negeri panas membahang) makan harum manis ni,pergi lah tempat yang CI syorkan
ye. Jangan pergi makan kat Padang Besar tau, takut tak asli je.
Pulut Harum Manis + Jus Harum Manis |
Ha ! Jangan tertipu tau.
No 4 tu lah buah mangga harum manis. Kalau nak lebih selamat, better beli kat Ladang Jabatan Pertanian Bukit Bintang [tempat yang CI syorkan tu]. Kalau beli kat sana, buah adalah dijamin elok, manis & harga berpatutan. Nama pun Jabatan Pertanian, haruslah mereka jaga kualiti kan?*wink love*
#CIdonenagging
No comments:
Post a Comment